smile =D

Sunday, September 28, 2014

tokoh kemerdekaan dari Negeri Sembilan

DOL SAID

Faktor penentangan

Faktor penentangan Dol Said di Naning adalah mempertahankan kemerdekaan Naning. Perkara ini merujuk kepada dakwaan British yang menyatakan Melaka diserahkan kepada British. Dakwaan ini tidak diterima oleh Dol Said dan rakyat Naning. Selain itu, Dol Said menentang bayaran cukai. Melalui undang-undang 1830 British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil pertanian. Perkara ini telah menyebabkan penghulu hilang kuasa. Dol Said juga menentang perlaksanaan undang-undang British. Perkara ini merujuk kepada peraturan yang melarang Dol Said (penghulu) untuk membicarakan kes jenayah. Oleh sebab itu, Dol Said menentang pentadbiran yang di bawa oleh British.
Perjuangan
British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain. Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera..
Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Sha’aban. Setelah british mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning, penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning. Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning.

Cara dan usaha penentangan
Cara penentangan Dol Said di Naning adalah dengan melakukan perang pada tahun 1832. Dol Said menggunakan taktik Gerilla dan mendapat bantuan daripada Seri Menanti , Sungai Ujong , Johol dan Muar. Selain itu, dalam perang itu juga, Dol Said juga mendapat pertolongan daripada pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu Yamtuan Raja Muda Ali dari Rembau iaitu Syed Sha'aban.
Pada April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal Herbert dibantu oleh pasukan Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban menyerang Naning bagi kali kedua. Sekali lagi berlaku pertempuran yang sengit antara kedua belah pihak. Dan setelah berlaku pertempuran selama hampir dua bulan akhirnya Dol Said dan para pengikutnya terpaksa berundur dari Naning.Namun kemenangan itu tidak mengembirakan British kerana mereka terpaksa menangung kerugian 100,000 pound dan kehilangan ramai askar bagi menakluk sebuah daerah kecil.DOL Said atau nama sebenarnya Abdul Said lahir pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka.
Selain itu, Dol Said juga melakukan penentangan dengan cara menolak pengenaan cukai yang dikenakan oleh British pada penduduk Naning. Beliau mempertahankan hak penduduk Naning dengan cara menolak corak pemerintahan British secara terang-terangan.

Kesan perjuangan
Dol Said Berjaya mengusir tentera British dengan bantuan Yam Tuan Ali (dari Rembau), Syed Sha'aban, penghulu Remai, dan Rencat, Dato Kelana Sungai Ujong dan penghulu Gamenceh. Pada tahun 1833, beliau terpaksa menyerah diri setelah tewas dengan British pada tahun 1832.
            Kesan kewibawaan Dol Said pada penduduk Naning ketika itu adalah dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan penduduk tempatan. Perkara ini merujuk kepada kesungguhan beliau dalam membela nasib penduduk Naning dari ditindas oleh British. Kesan kepada rakyat Malaysia pula adalah dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Hal ini juga 
membantu rakyat Malaysia untuk mensyukuri nikmat yang diperjuangkan oleh tokoh kemerdekaan terdahulu. Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia juga dapat menjadikan sejarah terdahulu sebagai tauladan.
Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang British dalam perang Naning pertama disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan orang Melayu. Naning tidak sendirian kerana di sokong oleh daerah-daerah yang berjiran dengannya. Tetapi kekalahan dalam perang Naning kedua kerana tidak wujud lagi perpaduan di kalangan orang Melayu malah mereka sanggup membantu Inggeris menyerang Naning.
ZA’BA

Cara dan usaha penentangan
Za’ba merupakan seorang pejuang tanah air yang berani mengetengahkan aspek kemunduran masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan British melalui hasil karyanya. Tindakannya itu pernah mengundang kesangsian pihak British yang pernah mengehadkan hasil karyanya. Beliau menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada tahun 1937. Pada tahun 1946, pendeta ini dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO di kongres menentang pembentukan Malayan Union. Beliau keluar dari dunia politik selepas Piagam Umno diterima dan diluluskan.
Sumbangan
            Artikel pertamanya yang berjudul “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” diterbitkan sebanyak dua kali dalam akhbar Utusan Malaya. Buku pertamanya yang bertajuk Umbi Kemajuan, merupakan menulisan semula karangan rencana keugamaan yang diterbitkan pada tahun 1932. Za’ba mula menulis secara aktif semasa beliau menjadi guru sementara di Johor Bahru pada tahun 1916. Bakat Pendeta Za’ba terserlah kerana beliau menyentuh mengenai aspek-aspek bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik dalam hasil karyanya.
 Karyawan yang disegani ini pernah mengarang cerpen, novel dan buku-buku rujukan tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Antara hasil karyanya ialah Journalism in Malaya yang diterbitkan pada tahun 1947, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Pelita Bahasa Melayu I, Pelita Bahasa Melayu II dan Pelita Bahasa Melayu III (1958). Seorang penulis yang bernama Dharma Wijaya menggambarkan Pendeta Za’ba sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu yang sentiasa ditunjangi oleh ketabahan, kecekalan dan keyakinan. “Perjuangan Za’ba lebih menjurus kepada kegiatan keilmuan khususnya dalam pendidikan, penyelidikan dan penulisan,” ujar Dharma Wijaya dalam satu teks ucapan.

  Dr. Zainal bin Abidin  telah diiktiraf dalam masyarakat dan negara sebagai seorang 

tokoh cendekiawan yang berwibawa. Beliau merupakan seorang pencetus dan pemikir 

dalam pelbagai bidang seperti agama, politik, sastera, bahasa dan lain-lain. Beliau

 juga merupakan salah seorang cendekiawan yang mendukung gerakan Islah suatu 

ketika dahulu. Dalam bidang politik pula, beliau merupakan seorang penggerak aktif 

dalam menyatukan bangsa Melayu serta menolak gagasan Malayan Union yang telah

 dicadangkan oleh orang Inggeris.


Walau bagaimanapun, beliau dilihat lebih menyerlah dalam bidang bahasa. Hal ini tidak dapat disangkal lagi kerana banyak sumbangan dalam bidang bahasa yang beliau telah berikan. Minatnya dalam bidang bahasa sudah timbul sejak kecil. Beliau telah bercita-cita untuk menulis sebuah buku tentang nahu Melayu sejak berumur dua belas tahun lagi. Semangatnya ditunjukkan bermula pada tahun 1918 semasa bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah pun mula mengumpulkan perkataan-perkataan Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi.

   Selain itu, beliau telah memodenkan bahasa Melayu dengan menulisPelita Bahasa Melayu pada tahun 1966 dan Ilmu Mengarang Melayu pada tahun 1968. Menurut Nik Safiah (1996:30), Za’ba mahu membentuk gaya bahasa Melayu yang benar-benar tulen.
       Za’ba banyak terpengaruh dengan gerakan Kaum Muda. Hal ini menyebabkan beliau banyak menulis mengenai agama Islam bukan sahaja di dalam akhbar-akhbar Melayu, malah beliau juga pernah menulis di dalam majalah The Muslim di Singapura dan juga Islamic Review di London.
Perjuangan
        Ilmu dan jasa bukan saja terbatas di lapangan bahasa sahaja, malah meliputi pelbagai aspek kehidupan. Ia merangkumi pemikiran ekonomi, sahsiah dan keagamaan. Sejajar dengan perjuangan beliau, pelbagai anugerah telah diberikan kepada lelai ini. Beliau dikurniakan dengan gelaran pendeta atas usaha dan perjuangannya dalam memperjuangkan bahasa dengan ideologinya sendiri yang tidak terbatas dan luar biasa. Oleh sebab kebijaksanaan beliau dalam mengeluarkan pendapat dan kelantangan bersuara serta kemampuan beliau dalam mempertahankan bahasa, beliau dianugerahkan dengan pelbagai anugerah.
Jasa dan perjuangan yang telah dilakukan oleh Za’ba dipaparkan di muzium Negeri Sembilan.

Za’ba mendapat gelaran pendeta mulai 8 ogos
Anugerah yang diterima oleh Za’ba sepanjang perjuangannya.
Kesan
Selayaknya kita kaitkan beliau dengan dunia persuratan dan bahasa. Za‘ba merupakan penyumbang terbesar dalam penulisan Melayu daripada tatabahasanya sehinggalah bidang kesusasateraan. Sama ada orang suka atau tidak memperkatakannya, beliau ialah salah seorang penggubal piagam UMNO pada ketika awal kewujudan parti tersebut untuk menentang Malayan Union. Usahanya dalam penterjemahan, mengarang rencana dan menjalankan usaha memartabatkan bahasa.
Za‘ba seorang yang memperjuangkan kelangsungan Bahasa Melayu dan Nahu Bahasa Melayu yang seterusnya membawa kepada gelaran Pendeta kepada beliau lantaran usahanya dalam memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia. Apabila berbincang tentang dilema Melayu, pemikiran Melayu dan peribadi Melayu, wajar sekali tulisan Za‘ba dijadikan sebagai rujukan. Pembaharuan, pemurnian dan kemajuan pemikiran merupakan tema-tema yang wujud dalam penulisan tokoh ini. Perkara ini secara tidak langsung mempengaruhi perwatakan dan kehidupan rakyat Malaysia masa kini.